Wednesday 27 February 2013

ヅ ✿Tip Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul ✿ヅ

 
hye peeps, tip utk hari ini adalah cra yg betul utk menidurkan bayi..wah bg tips kat org tp dri sndri xde bby..its ok..just utk perkongsian..Beberapa tip yang boleh anda cuba untuk menidurkan bayi. Mungkin selepas ini bayi anda tidak perlukan buaian lagi :) Antara tips2 nya adalah:-

* Riba bayi

Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

* Dodoikan anak

Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.

* Dukung Pada Bahu

Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.

* Dukung Muka Ke Bawah

Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

* Tepuk Bayi
Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

* Makanan Awal
Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur.

* Urutan Pada Bayi
Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.

semoga tips2 ini berguna utk menidurkan bayi anda dgn cara yg betul.. 


Tuesday 26 February 2013

ヅ ✿Coretan 26 Fb 2013 ✿ヅ

hye peep..sehari tidk mengarang di blog yg comey nie bagai kan brthun lamanya ..huhu..sorie la seharian menyepikan dri bukan ape agak bz dgn meeting sana sini..sampe rasa mcm nak demam dah nie..hihi..opps lupa nak tnya peeps semua ape khabar? qiela arap semua baik2 aje and di beri keberkata dalam setiap ape yg kita lakukan yek..setiap perubahan yg kita lakukan bia la lahir dri hati..bak kata org  bia ikhlas..oke la bila kelas da start nie mmg rasa bz sesgt..mmg xdan la nak update entry or edit blog sbb xde masa..masa yg free pun qiela sbuk wat revision and study..mmg xbyk masa..kalo qiela menyepi tue qiela harap anda semua paham2 la erk..erm mggu nie adalah PC fair dekat uni qiela so boley la cari accesories utk lappy nie ..hihi nak cri satu set pink..mouse semua da pink..kihkih..mmg mnh pink btulkan.. baucer pun ade tp xnak la guna baucer bli bnd2 tue..baucer khs utk bli buku yg mahal2 belaka skrg  nie..hikhik..erm td qiela dok on9 pastu qiela nya beruk tba2 kna terminate qiela ingt nape..bila g kiaosk upanya qielanya beruk xbyr ag bil utk 2 bulan..qiela trus la byr pe ag.. hakhak.. nak guna line kat uni nie mmg x la.line agk slow..nsib bek ade beruk nak berblogwalking pun sng.. qiela harap brg yg qiela order kat ibu sampe la esok..pencuci muka da hbs krim muka pun lupa nak bli owh ya lagi satu coklat mnda..actually bila qiela mkn coklat mnda nie xde la ngantuk p kelas kalo x pg2 lagi da nanto..aiyo.. menguap2 mulut qiela nie..erm ok la qiela stop sampe sini dlu nnt qiela update lagi yek..~



Sunday 24 February 2013

ヅ ✿ SElamat Pengantin Baru ✿ヅ

hye peep, this is my first entry for today.. hari ini qiela nak make a wish to one of my sister in Vektor..3 tahun yg lalu bersamaan  sept 2010 qiela telah ditawarkan berkerja disalah sebuah organisasi kerajaan iaitu di jabtan kesihatan KL under unit Vektor disana qiela mula mengenali seorg  yg qiela pggl akk.. actually dia sgt baik..xkesah pun org nak kata ape ttg dye.bak kata dye masuk telinga kanan keluar telinga kiri..huhuhu..dye mmg fun kdg2 ade jugak qiela sakitkan hati dye..niat nak bergurau jek..hihi tp dye still cool..dye sgt sporting bg qiela..lepas mmb baik qiela dpt kje lain qiela rapat ngan dye and kdg2 dye suka crita msalah dye ngan qiela..kira da mcm adik bradik..nway kak reen Selamat pengantin baru..qiela doakan semoga kak reen kekal ke anak cucu yek ~ erm tp syg xdpt nk attend wed kak reen sdih..kita da jnji nak dtg..erm nnt qiela cut kita jumpa yek..miss u a lot..hahha .. nnt da preggy jgn lupa inform..xsbr nak tggu hihi..(senyum nkal ) anda nak thu sape yg qiela maksudkan jom tgk gamba dye dibawah ini ..jengjeng 


wahai kak reen disni fara tgglkan pantun ..hahah.. dgr la pantun yg x seberapa..

Pengantin segak berbaju biru,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,

Pengantin lelaki berbaju jingga,
Nampak segak, tampan dan lawa,
Ku ucap SELAMAT BERUMAHTANGGA,
Semoga kekal ke hujung nyawa,

Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian si merah hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,

Bawah khemah pengantin berteduh,
Siap berkeris juga bertanjak,
Kini kau sudah bertemu jodoh,
Rancanglah hidupmu hai dengan bijak,

Jemputlah tuan jamah makanan,
Silalah duduk janganlah malu,
Pada sang isteri ku tinggal pesanan,
Sayangilah suami taati selalu,

Pada si dia hati terpikat,
Ijab dan kabul buktinya cinta,
Hidup berdua mesti sepakat,
Elakkan dari segala sengketa,

Tak kira miskin dan juga kaya,
Ke rumah kenduri menjamu selera,
Hidup berdua saling percaya,
Tabah hadapi segala gelora,

Sungguh segak suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu,

Sanak saudara jauh dan dekat,
Ke rumah pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,

Semoga majlis mendapat rahmat,
Doa dari para tetamu,
Supaya kasih bertambah nikmat,
Solat berdua jangan kau jemu,

Atas pelamin diam membisu,
Dua pengantin nampak sepadan,
Usah bertindak mengikut nafsu,
Kelak menyesal merananya badan,

Dari Penang ke Negeri Sembilan,
Tol sempadan banyak kau redah,
Hidup berdua seiring sejalan,
Saling membantu bawa faedah,

Nasi dalca dan sambal kuini,
Buat hidangan suami dan isteri,
Terimalah pantun dariku ini,
Buat pengantin raja sehari,

Layan tamu tak sempat berehat,
Datangnya dari jauh dan dekat,
Pantun ini sekadar nasihat,
Ikhlas dari si abang angkat,

Sekian..Selamat Pengantin Baru Kak Reen~


Saturday 23 February 2013

ヅ ✿ Mini giveaway by FD ✿ヅ

hye peeps, ari nie qiela agak rjin nk join giveaway, oke giveaway kali nie qiela tlh di tag oleh salah seorg blogger yg kiut miut iaitu Cik Aida .. kalo anda semua nak join jst klik sahja pda banner di bawah nie erk..automatik anda akan tahu lagi detail..hihi happy join the giveaway yek..



syart kali nie dye mnta sape yg rajin tag la mmb blogger lainkan.. so kali nie qiela nak tag 2 org sape erk? pk jap.. huhuhu ..rasa mcm nak tag pda sape yg rajin sgtsgt viewer blog qiela..anda semua nak tahu sape ..jom intai2 bawh..hihi..jengjeng ..

1) lynn 
2) Miss qiesh




ヅ ✿ Tips Murah Rezeki ✿ヅ

hye peep kita bertemu kembali di entry ke 4 utk hari ini..seperti yg di katakan alhamdlilah entry qiela sdah pun mencapai 40 lbih untuk bulan feb ini..and qiela jgak bersyukur dgn wjudnya blog ini adalah tujuan utk berkongsi pengetahuan serba sdikit walaupun x byk..qiela harp qiela akn trus menghasilkan blog yg mempunyai ilmiah di samping mencritakan hal qiela sndri..ok utk episode entry kali nie qiela nak share dgn anda smua tips mrah rezki dri Ustazah siti nur Bhya..Qiela pasti anda semu mengenalinya kan..ok qiea x mau tggu lama lagi..so jom baca tips2 nya yek..hope anda semua dapat sdikit ilmu..

- membantu penuntut ilmu
- Membantu orang golongan miskin 
- Hijrah cari pendapatn ke tempat lain
- Ingat Allah Sentiasa
- Memperbanyakkan Doa
- Bersyukur atas Nikmat yang ada
- Bersungguh melakukan perkara yang harus 
- Melibatkan diri dalam perniagaan 
- Bersedekah secara istiqamah 
- Menjalinkan Hubungan silatulrahim
- Mengerjakan Haji dan Umrah 
- Taqwa Kepada Allah 
- Beribadah kepada Allah dengan sebenarnya 
- Istighfar & bertaubat
- Tawakkal & Usaha Seiringan

mesti ada yg pernah dgr kan ceramahnya termasukla qiela..huhu..mari la sama kita terus memperbaiki diri agar trus menjadi muslimah yang sntiasa mengingati Allah..



ヅ ✿ Mengenali 14 Jenis Lelaki Dayus✿ヅ

hye peeps, pasti ada antara anda semua tdak mengenali 100% lelaki dayus kan..so kalo anda hndak thu samaada laki 2 dayus or x jom sama2 kita buka minda and tmbhkn pengetahuan kita..


so bila anda baca ini anda akn thu bgaimana jens lelaki dayus yg di maksudkan..hope ini dpt mempertingkatkan pengetahuan kita mengenai keadaan di sekeliling kita yeay ~hihi..sory kalo xjelas..pada sesapa yg xnmpk sila klik pada gmba tersbut sure nda dpt baca yeay ~


ヅ✿ 4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW ✿ヅ

Antara Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah Adalah:-

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim


 

ヅ ✿ 4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka ✿ヅ


hye peep semua.. this is my first entry fr today..td tgh berblogwalking tba2 qiela terbaca satu entry mengenai jenis lelaki yg di tarik oleh perempuan ke Neraka.. ayat dia sgtsgt menarik perhatian qiela utk trus membaca..actually qiela suka membaca mengenai ilmiah kerana ia menambahkan lagi pengetahuan qiela supaya qiela menjadi lebih berpengetahuan dan dpt berkongsi pengetahuan qiela dgn anda semua..ok jom kita lihat dulu ape jenis lelaki tersebut .

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

4 jenis lelaki ditarik perempuan ke neraka

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam – Harakahdaily


 

Friday 22 February 2013

ヅ✿ Sem 2 Module ✿ヅ

hye peep semua, alhamdulilah kini qiela da sem 2 di salah sebuah Uni kerajaan di sebelah Utara..harap qiela akn trus berusaha utk mendapat keputusan yg terbaik..owh yek setlh melalui sem 1 baru qiela thu kos yg qiela amk nie bukannya sng..pengiraan yg sgt rumit tp insya Allah dgn usaha kita akn mmpu berjaya kelak..oke utk sem 2 nie qiela just amk 6 module shaja antaraya:-

1) Principle of Management

2) Human Resourcee Management

3) English For Communication II

4) Discrete Math

5) Calculus II

6) Kebarangkalian Dan Statistik

hope sem nie qiela dpt naikkan pointer qiela yg x cpai target qiela AMIn ~ that all for my entry..later i willupdate ..see u yay ~


ヅ✿ Pink Is my Color ✿ヅ

Hye peep.. ape khabar semuanya..salam jumaat ye.. hari ini hari jumaat so negeri kedah cuti weekend..huhu ari nie plan qiela nga roomate nak p  changlun saja2 lagipun qiela nak bli krim muka..kat sini x de jual.. ssh kan..masa sem 1 ade jek jual kat sini tp naik sem 2 xde lak tue yg pyh..nie la padahnya kalau xnak bli awai2 kan..aish lari tajuk pulak qiela rini..actually qiela mmg obses sgt dgn colour pink..qiela xtahu sjak bila qiela mnat dgn wane pink mb sejak  10 nov 1989 kot..ish msa tue qiela tahu ke wane pink yg nama satu nmpk x kat situ anda semua kna tipu ngan qiela..hahah..ok la mb wane pink tue mencuri hati qiela sjk pertama kali mengenali warna tersebut..ape2 bnday g wane pink pasti qiela akn grab dulu..boley dikatakan kebaykkan prempuan suka wane pink..sbb wane pink nie soft and bila prempuan pkai wah gojesnya dye..sweet2 gitu..hikhik .. kebnyakkan brg kesyan qiela semua wane pink..nnt lepas entry nie qiela show korg sbhagian dri stuff qiela actually byk lagi..tp mls nak bw kua.. hi..sampe ibu qiela pun somtimes merungut asik nk wane pink jek.huhu tp nak wat cmne kalo da kita minat kan..mcm anda jugak..kalo xda minat mesti nak jugak kan..huhuhu..ok la msti anda x sabar kan nak gk stuff qiela yg x sbrape nie 


ini la antaranya brg2 qiela..semuanya pink kan.botol air, lappy, power bank. mouse purse, 2nd hp, frogie qiela blakang tue pun pink, byk ag brg2 qiela wane pink kalo qiela ade masa nnt qiela upload ek dlm fb qiela al maklum la qiela nie xde instaram..huhu ...ok a qiela stop sini nnt qiela smbng lagi..byebye 

ヅ ✿ Petua Keluarga Bahagia ✿ヅ

hye peep, petua hari ini yg qiela akn kongsi dgn anda smua ialah petua keluarga bahagian..Diantara semua petua nie qiela ambil dri  Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah..qiela suka mendgr setiap bait2 perkataan yg diperkatakan semua memberikan qiela semangat and byk pengetahuan qiela dpt apabila mendgr sgala hujahnya..antara Petua yg Dato katakan adalah seperti berikut:-

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
          -Mental, pendidikan dan ilmu
          -Emosi
          -Fizikal dan ekonomi
          -Sosial
          -Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
         -Pendapat atau pandangan
         -Hobi
         -Kegemaran
         -Makanan
         -Cita rasa
         -Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

harap petua ini akan dapat membantu anda utk membentuk sebuah keluarga yg bahagia.. AMIN ~ ok qiela stop dulu jap2 g qiela smbng yek dgn kisah qiela..huhu

ヅ✿ 1st Short Giveaway by Nana ✿ヅ

hye peep...salam jumaat smua..pejam celik pejam celik kita da nak sampe ke penghujung bulan feb kan..alhamdulilah and bersyukur sgt dgn rezeki yg dilimpah pda bulan ini..huhu..ok la first entry utk hari ini qiela nk join giveaway..giveaway ape jom kita tgk yek ? hadiah pun menarik? kalo anda minat just klik pada banner di bawah nie yek ..jom la oin ramai2..lagi ramai lagi syok..

Wednesday 20 February 2013

ヅ✿ Qiela Dapat Tawaran ✿ヅ

hye peep semua..ini adalah first entry qiel utk hari ini..lagi 8 hari kita nak msuk ke bulan march kan..skjap jek rasa masa nie berlalu..byk sudah entry qiela hasilkan dlam bulan feb..selalunya stkt 20 entry tp kali nie qiela nak cuba capai sampe 40..huhu owh yeah tjuk qiela wat peep semua suspen kn..bukan tawaran berlakon atau menyanyi..tp qiela di minta tlg oleh kwn baik qiela utk jd pengapit dia masa dia kawen nnt..mula2 qiela dgr mcm terkejut..qiela x suka sgt nak jadi pengapit..kena duduk sblh pengantin mcm jd tumpuan pulak..mula2 qiela ckp ngan dye kalo bab jd pengapit nie qiela x nak sbb qiela bukan pndai sgt tp kalo stakat tlg2 pamily kau tue aku xde hal..huhuhu..dye nak jugak qiela jd pengapit dia kata ngan qiela  dye da lma kawan ngan qiela  ssh sng , happy menangis semua sama2..maslh pun kitaorg share sama2 ..so dye nak la ari bahagia dye qiela jd pengapit dia..so qiela x thu nak bg alasan ape lagi  so terpaksa la qiela terima, lagi pun dye and future husbnd dye bff qiela kot..qiela kenl bff qiela nie dri kitaorg sekolah rendah sampe la skrg kitaorg cntct..dulu kitaorg penah keje sama2 kat JKWPKL tp sekarang xlgi kitaorg akn jumpa bila qiela cuti time tue la kitaorg hoorey hoorey..hihi..nie qiela balik U x bgtau dye pun dye bsg..Qiela bersyukur sgt masih mempunyai org yg sygkan qiela and selalu bersama qiela masa susah dan sng..

erm sem kali nie qiela de pgg jwatan dlm kolej qiela..harap2 qiela dpt menjlnkan tggungjawab qiela shbis baik tanpa melupakan utk focus pd study..semoga dgn rezeki yg diberikan ini qiela dpt menggunakan ke jalan yg di redhi oleh NYA..oke la qiela benti sampe sini..nnt kalo ade entry menarik qiela update ok..see u later..opps lupa yeah to my stalker truskan terjah kesini yeah..and tggl link sng sy nak follow anda TQ~



Tuesday 19 February 2013

ヅ ✿Kisah Ketaatan Anak pada Ibu Bapa ✿ヅ

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

“Kenapa kau nak berhenti sekolah?” soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

“Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,” jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
“isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,” hati saya berkata kata.

“Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?” pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

“Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,” katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

“Betul ke ni?” soal saya masih tidak percaya.

“Betul,” balas Amid pula tanpa ragu ragu.

“Suka hati adiklah,” kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

“Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?” Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,” kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
“Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?” Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, “Ya Allah. anak aku!”

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana…

“Ya Allah, adik akuuuuuu!!!” jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya. ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin. tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir bertahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. – Surah Luqman ayat 14.






ヅ ✿ Cara Seorg Hamba Allah Menasihati Anak-anak Perempuannya Agar Berhijab ✿ヅ

hye teman blogger kita bertemu lagi..mcm ane semua teman blogger da solat ke? kalo da solat bru sng hati nk berblogwalking..oke la kali nie qiela berminat sgt nak share dgn anda semua kisah seorg hamba Allah nie menasihati anak2 nya agar berhijab dan menutup aurat..jom kita baca kisahnya..

"Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuannyai tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu. "Hana, segala-galanya yang dicpta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "Dia memandang saya dengan mata yang serius. "Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga."

hnya pandai bermain kata sahaja boley merubah seseorg tue..harap dgn kisah sbgini kita dpt mendidik anak2 kita di masa hadapan .Insya Allah ..oke la kalo ade yg besh utk di kongsikan qiela akn update new entry yek~ byebye



ヅ ✿ 19 Keistimewaan Wanita ✿ヅ


hye teman blogger ini adlah entry qiela yg ke berapa qiela x berapa nak ingt huhu padahal cikit jek tulis entry utk hari nie..hikhik..setiap ape yg di ciptakan Allah  di muka bumi ini mempunya keistimewaan masing2..so kali nie qiela nak share dgn anda semua ape keistimewaan wanita ..sesungguhnya Berbahagialah Menjadi Seorang Wanita Karena diberi Keistimewaan Oleh Allah.

Antara 19 Keistimewaan Wanita

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. moga bermanfaat :) 
ini lah keistimewaan yg terdapat dlm diri seorg wanita..huhu ..nnt qiela akn update entry setrusnya ye ~

 

ヅ✿ Maid dera Baby ✿ヅ

hye peeps beberapa hari yg lepas sibuk kita mendengar kes penderaan trhadp seorg bby yg bru berusia 4 bulan .. actually qiela x brape thu kisah nie than lepas mmb2 cite bru qiela tahu and trus bukak utube..kecoh dekat fb and twitter bercerita mengenai kisahbby nie..ape lah perasaan ibu mangsakan..kalau qiela brada kat tmpt dorng x tahu la ape nak kata..ssh kita nak pecaya org skrg..slmt la uma mangsa ade CCTV kalu tdak sampe kesudah pun kita x tahu  bayi tue akan kna mcm ane lagi kan..qiela tgk video pun rasa mcm x sanggup nk tgk sampe hbis..sedih sgt bila bby yg bru berusia 4 buan diperlakukan sebegitu.. dlm hati da membuak2 marah rasa nak tumbuk2 jek kalau dpt ..dye ingt dak tue roti canai or anak ptung  ke boley terbalik kan sesuka hati..ish geram jek rasanya.. kalau anda belum saksikan video bby tue anda ley search kat utube..xtahu skrg keadaan bby tue mcm ane..doakan xde pape berlaku..and sihat seperti biasa AMIN..

hukuman telah pun dijatuhkan pada pembantu rumah tersebut selama 20 tahun atas 2 tduhan..harap dgn hukuman sebegini dpt memberi kesedaran atas perbuatan yg dilakukan..tapi pelik la dye da ade anak tapi dye xpenah bygkan kalo org buat ank dye mcm tue..walau ape pun kita hendaklah berhati2 dlm ape perkara sekalipun..harap perkara sebegini tdk akan berulang okey peeps done wif my entry next i will update later..hihi


ヅ✿Terima Kasih ✿ヅ

hye peeps.. hari ini qiela free cikit kelas utk hari nie pun ade satu jek iaitu kelas calculus 2  sejam lbih pastu no more kelas..ley la meluangankan masa bersama blog qiela nie..qiela harap blog qiela nie mendpt sambutan yeay agar qiela trus bersemangt utk berkarya di blog ini..terima kasih? itu merupakan  tjuk entry qiela kali nie terima kasih utk ape yek? anda semua nak thu xsbb ape..firstly qiela nak ucapkan terima kasih pada pamily qiela yg x putus memberi sokongan dan dorongan serta membantu qiela dri segi kewangan ..terima kasih tak terhgga xtahu bila la qiela dpt balas jasa mereka..

terima kasih yg kedua qiela nak tujukan pada kawan2 qiela x kira dri mn sekali pun dri, Sekolah, Poli, Uni or kawan dri alam maya kerana byk membantu qiela ttg ape yg sukar utk qiela fahami..qiela harap kalian semua tdk akan melupakan qiela walaupun masing2 sudah berumah tangga yek..qiela harapan ukhuwah ini tdak putus di tgh jalan and kita menambahkan mahabbah dlm dri masing2..owh ya pada yg nak kawen sila2 la jemput qiela yek..insya Allah kalau x de ara melintang qiela akn sampai..

terima kasih ketiga: pada kerajaan kerana tlh memberi bantuan pada semua rakyat..and terima kasih juga kerana telah memberi student sepert sy baucer buku Rm 250 and kad siswa..so boley la gunakan baucer itu utk membeli buku yg semkin mahal..terima kash sgtsgt sbb membantu meringankan beban pelajar..yahooo.. dapat baucer..so pda pelajar sekalian gunakan la baucer membeli ape yg ptt yek..haha.

akhir sekali terima kasih to my rigid stalker  kerana setiap ari anda meluangkan masa anda menjengah ke blog sy alaupun anda tidak mendptkan ape2 blsan..tp lainkali kalo sggh tgglkan a link erk agar mdah utk sy menjejak awk kembali..peace no war..ok sy stop sampe sini nnt kalo ada cite ag sy smbng yek..Terima kasih  love u guys ~


ヅ✿ Bermula Perjuangan ✿ヅ

hye peep..anda semua apa khabar? harap semua baik2 ok..alhamdulilah qiela masih diberi peluang utk menulis di blog qiela nie kan..huhu..oke la cuti semester pun da hbis ..now qiela da mula dgn sesi pengkuliahan..owh ye peep..qiela nak kongsi dgn anda ..masa qiela dok kt hotel sri malaysia perlis tiba2 boley pulak hotel tue blackout da la masa tue qiela tgk perlawanan bola antara JDT Vs ?? qiela pun x ingt la dye lawan ape..huhuh..selamat skjap jek kalo lama mmg qiela kepanasan la duduk dlm hotel tue..huhu

xde ape pun yg menrik cite qiela nie skdr berkongsi dgn anda semua..kelas qiela pun da mula ari ahad ritue tp kelas ahad qila xdtg ase mood x sampe ag..ari isnin bru qiela p kelas..hihi sem nie agk berat jugak la bg qiela..kos yg qiela amk nie bkn sng..ssh kot..tp xpe qiela cuba sehbis baik..hihi..sem nie qiela amik 6 subjek sem sblum nie cma 5 subjek jek ..saje nak try amk 6..sbb nak kurgkan pengajian kat sini ..almaklum la qiela kua nnt umo da tua.. huhu

hari pertma qiela p kels rasa mcm mls jek mood x sampe tersangkut kat perak..hahh tp qiela ggh kan dri untuk p kelas.da la kelas strt kui 8 jenuh la nak bgun pg sbb da biasa bgn lmbt kan..lec semua slmt la ok kalo x  da lama la qiela nak drop..so sem nie nak struggle utk capai target hope boley Amin..oke la peeps laterk qiela update lagi yel..see u ~


Friday 15 February 2013

ヅ✿ Menangani perasaan sakit hati dan cemburu✿ヅ

hye peeps semua, entry kali nie qiela nak share dgn anda petua yg diajar oleh Rasulullah utk dijadikan penawar sakit hati.. ramai dikalangan kita pernh merasa kan sakit hati dgn seseorg, tipulah pada sesiapa yg menafikanny kan tapi xpe lah.. tahukan anda ape itu dikatakan dgn busuk hati samakah maksudny dgn sakit hati? jom kita geledah lgi utk thu maksud busuk hati itu.Ia merpakan  hasad yang berpunca daripada busuk hati ini sukar untuk dirawat kerana sifat busuk hati ini semacam sudah sebati dalam dirin seseorg . Orang yang hasad kerana busuk hati adalah seorang yang paling bakhil, kerana ia beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari  Allah. Orang ini cukup bakhil dan busuk hatinya kerana apa yang hendak diberi oleh Allah kepada orang lainpun beliau sanggup mempertikaikan  kerana memberi kenikmatan kepada orang lain.

Klau anda rasa sakit hati dgn seseorg jom kita tgk apekah petua yg bolh meredakan sakit hati kita nie Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..



Blog Peribadi Milik Miss Lulu cuties Kaki Blogger