Tuesday 25 June 2013

ヅ ✿10 Cara Meyakinkan Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda ✿ヅ

Hye peeps semua, rasanya da lma qiela x bg tips kan.. kali nie qiela nak share dgn anda semua tips meyakinkan ibu bapa kahwin muda..jom sama2 kita baca:-

1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya dibuat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.

2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.

3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa jua situasi.

4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi kepada Allah S.W.T.

5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!

6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing.

7. Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri.

8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.

9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkan dia kepada mereka.

10. Akhir sekali bincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang...



ヅ ✿ Kembali lagi ✿ヅ

hyehye semua blogger.. ape khabar, qiela harap anda semua sihat2 belaka yek?now qiela da start cuti sem selama 2 bulan lebih.. sronoknya.. yeah ~ skrg nie  qiela sdg sibuk mencri keje..bukan ape keje sementara jek utk cover 2 bulan nie.. ag satu nak cri pengalaman keje..hihi harap dpt la..Amin..

Musim jerebu dtg lagi setiap tahun pasti ade musim nie seriusly jerebu ini membuatkan semua org cemas ia dengan kualiti udara yang agak membimbangkan lagi bg org yang  ada asma..qiela skrg kua uma pun pakai mask bukan ape qiela takut asma qiela dtg lagi walaupun qiela totally da baik namun kita kena jugak jaga kesihatan kita.. bukan setakat asma ok jerebu juga bleh membahayakan paru2 kita..paru2 kita boleh terkena jangkitan kuman jaga la kesihatan kita jgn da kena bru nak jaga masa tu xguna da..hohoho

Antara langkah yang boleh di ambil adalah:


  • Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami batuk, demam, selsema, sakit mata, asma & lain2 penyakit yang disebabkan oleh jerebu.
  • Sekiranya berisiko tinggi, ambil lah ubat seperti yang dinasihatkan
  • Sila memakai topeng/penutup hidung sebelum keluar dari rumah.
  • Jangan merokok
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Sentiasa membasuh muka & kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
  • Banyakkan meminum air
  • Gunakan aircond di dalam kenderaan. Jangan buka cermin kereta sekiranya tidak perlu.
  • Tingkatkan amal ibadat serta berdoa pada ALLAH Ta'ala agar diri, keluarga dan masyarakat umumnya terpelihara dari malapetaka ini.
  Marilah sama2 kita menjaga kesihatan diri dan keluarga...nnt ade news atau cerita yang hendak dikongsi qiela akn update ok..


Tuesday 18 June 2013

ヅ ✿My Instagram ✿ヅ

hye, asalammualaikum peeps, peeps semua apa mcm sihat ke? wah sgtsgt bz dgn exam nie bru ade masa utk meluangkan masa bersama blog.. b4 nie just pantau jek.. ceh pantau la sgtkan..hihihi. okies 20 june nie qiela nya last paper then mlm tue baik KL yeah.. mmg sonok sgt balik KL and mengharungi 8 or 9 jam.. sakit punggung dok lma2 dalam bas.. lagi2 bila mlm kan.. ase sjuk je noh.. aiceh bukan tue jek qiela nak cite sebenarnya.. kpd peeps semua insha Allah cuti sem nie qiela akan aktf berblogging utk menghabiskn cuti yg ade... kalo keje qiela akan kje tp kalo x..dok uma tnm anggur blakang uma..hihihi

okies pada peeps yang ade insta jom follow qiela nya insta..bru nak promote b4 nie xde masa la..hihihi jgn lupa follow insta qiela and qiela akan follow anda balik.. pada sape nk follow just Click Here ..byebyebye  peeps later qiela update ag yek ~




Monday 10 June 2013

ヅ ✿ Minggu Exam ✿ヅ



hye peeps semua, apa khaba? qiela harap anda semua baik2 aje ok.. now qiela tgh exam alhamdulilah 2 paper da pun lepas lagi 4 paper bakal menyusul .. erm takut nya.. sem nie 2 paper kiler bagi qiela satu probability and a another one is calculus 2... tp selagi qiela mampu qiela akan berusaha..setiap hari kol ibu and ayh minta restu and minta mendoakan agar dipermudahkan.. serius rindu ayah ngan ibu.. erm :'(  xpe la 11 hari lagi pastu cuti selama 2 bulan.. santai hbs la.. hihi tp plan nak keje.. tp ade ke keje yang nak pekerja yang kerja utk 2 bulan jek.. hihi

owh yeah cuti nie ramai mmb2 kawen.. wh mereka semua nak kawen sy bila lagi. insya Allah hbs blaja nie pape pun masih dlm perancangan.. nak kawen kena la ade wet kan.. hihi so tggu la keje sthun bru ley kawen.. selamat la My MSR setia menunggu..eh tersasul lak sampai ke sini. actually qiela xde ape la nak sembang..  jadual exam sy yg padat yang membuatkan sy stress.. hbis gugur rmbut dok bermain ngan no..

05 June 2013 - English Communication II
10 June 2013 - Probability and statistic
12 June 2013 - Calculus 2
14 June 2013 - Human Resource
16 June 2013 - Manangement
20 June 2013 - Math Discrete

p/s: semoga dipermudahkan untuk menjawab paper yang mendatang AMIN :)


Blog Peribadi Milik Miss Lulu cuties Kaki Blogger