Friday 3 May 2013

ヅ ✿Novel : Lafazkan Kalimah Cintamu ✿ヅ

hye peeps semua apakhabar? Qiela harap peep semua sihat2 belaka yek.. okies la qiela agak rajin nak update entry dengan anda semua setelah qiela habiskan satu novel qiela selama 2 hari setgh..qiela beli hari rabu tgh hari, start membaca pada malamnya dan habis baca hari jumaat kui 3.00am ..qiela xtahu sejak bila qiela start terjebak dgn novel nie yang pastinya time qeila sekolah dulu qiela agak kurang sgt nak membaca novel.. sbb time qiela skolah qiela  suka on9..huhuhu.. novel yang qiela baca nie penulis yang sgt qiela suka sgt penulisannya.. setiap kali qiela bli novel dye pasti tdak akan mengecewakan qiela.. sape lagi kalo bukan siti rosmizah..bgi qiela dye merupakan penulis yg sgt berbakat.. qiela juga ada mengumpulkan novel lain yang dye tulis cuma satu ag novel lma dye qiela x bca lagi iaitu 7 hari mencintaimu.. mmb qiela ckp besh tp adik qiela kata x besh.. erm xpe la nnt qiela cuti midsem baru qiela nak bli skrg xyeh sbb qiela nak stop bca novel and fokus pada final qiela..hihi..

ape yek emosi qiela time baca novel nie? jujur qiela katakan yang qiela x suka bila novel yang qiela baca tue mendatar so qiela akan byk skip. .tp novel nie memberikan qiela kepuasan yang maksimum.. emosi qiela tatkala membaca novel nie bercampur-campur.. adakalanya qiela akan menangis, geram dan happy + funny.. hihi .. novl nie membuatkan qiela nanges bukan sekali tp berkali2.. qiela x tahu pula anda semua bgaimana kan.. tp yang jujurnya novel karya siti rosmizah tdak prnah mengecewakan qeila.. qiela skrg nie mmg jarang on9 erm mb sbb faktor umo.. makin lama umo makin meningkat so kdg2 boring.. lagi org yang add and follow qiela semua pkai gamba bukan dri dia sndri dgn kata lain FAKE ACCT..lupakan la pasal fake nie.. kalo cite pasal dia sampai kesudah..huhu

ok la peeps part yang paling qiel gelak terbahak bila  Tengku aqilah bermain golf anda nak tahu jagn lupa bli novel dia oke..hihi ok qela juga akan kongsi bersama anda sinopsis cerita nie yek ..




Sinopsis belakang buku:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Ending cerita ini sgt menark.. pada mulanya qiela ingt tengku Aqilah akan meninggal tp sebaliknya tidak.. huhu kalau anda nak tahu selanjutnya jgn lupa baca yek..





Rating saya ***** ( best sgtsgt)





No comments:

Post a Comment

Blog Peribadi Milik Miss Lulu cuties Kaki Blogger