Sunday 24 February 2013

ヅ ✿ SElamat Pengantin Baru ✿ヅ

hye peep, this is my first entry for today.. hari ini qiela nak make a wish to one of my sister in Vektor..3 tahun yg lalu bersamaan  sept 2010 qiela telah ditawarkan berkerja disalah sebuah organisasi kerajaan iaitu di jabtan kesihatan KL under unit Vektor disana qiela mula mengenali seorg  yg qiela pggl akk.. actually dia sgt baik..xkesah pun org nak kata ape ttg dye.bak kata dye masuk telinga kanan keluar telinga kiri..huhuhu..dye mmg fun kdg2 ade jugak qiela sakitkan hati dye..niat nak bergurau jek..hihi tp dye still cool..dye sgt sporting bg qiela..lepas mmb baik qiela dpt kje lain qiela rapat ngan dye and kdg2 dye suka crita msalah dye ngan qiela..kira da mcm adik bradik..nway kak reen Selamat pengantin baru..qiela doakan semoga kak reen kekal ke anak cucu yek ~ erm tp syg xdpt nk attend wed kak reen sdih..kita da jnji nak dtg..erm nnt qiela cut kita jumpa yek..miss u a lot..hahha .. nnt da preggy jgn lupa inform..xsbr nak tggu hihi..(senyum nkal ) anda nak thu sape yg qiela maksudkan jom tgk gamba dye dibawah ini ..jengjeng 


wahai kak reen disni fara tgglkan pantun ..hahah.. dgr la pantun yg x seberapa..

Pengantin segak berbaju biru,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,

Pengantin lelaki berbaju jingga,
Nampak segak, tampan dan lawa,
Ku ucap SELAMAT BERUMAHTANGGA,
Semoga kekal ke hujung nyawa,

Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian si merah hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,

Bawah khemah pengantin berteduh,
Siap berkeris juga bertanjak,
Kini kau sudah bertemu jodoh,
Rancanglah hidupmu hai dengan bijak,

Jemputlah tuan jamah makanan,
Silalah duduk janganlah malu,
Pada sang isteri ku tinggal pesanan,
Sayangilah suami taati selalu,

Pada si dia hati terpikat,
Ijab dan kabul buktinya cinta,
Hidup berdua mesti sepakat,
Elakkan dari segala sengketa,

Tak kira miskin dan juga kaya,
Ke rumah kenduri menjamu selera,
Hidup berdua saling percaya,
Tabah hadapi segala gelora,

Sungguh segak suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu,

Sanak saudara jauh dan dekat,
Ke rumah pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,

Semoga majlis mendapat rahmat,
Doa dari para tetamu,
Supaya kasih bertambah nikmat,
Solat berdua jangan kau jemu,

Atas pelamin diam membisu,
Dua pengantin nampak sepadan,
Usah bertindak mengikut nafsu,
Kelak menyesal merananya badan,

Dari Penang ke Negeri Sembilan,
Tol sempadan banyak kau redah,
Hidup berdua seiring sejalan,
Saling membantu bawa faedah,

Nasi dalca dan sambal kuini,
Buat hidangan suami dan isteri,
Terimalah pantun dariku ini,
Buat pengantin raja sehari,

Layan tamu tak sempat berehat,
Datangnya dari jauh dan dekat,
Pantun ini sekadar nasihat,
Ikhlas dari si abang angkat,

Sekian..Selamat Pengantin Baru Kak Reen~


2 comments:

Blog Peribadi Milik Miss Lulu cuties Kaki Blogger