Wednesday 10 April 2013

ヅ ✿Movie : 2 Kalimah ✿ヅ

 
 hye peeps semua, ini entry kedua qiela untuk hari ini.. qiela arap anda semua tidak jemu untuk terus membaca cerita qiela yang agak membosankan ini.. ari ini qiela mcm ada mood cikit la nak berblogging ..huhuhu oke seperti yang anda ketahui sabtu lepas qiela and bf qiela tgk wyg and cerita yang kami tgk adalah 2 kalimah.. cerita ini agak mendatar tp sgt memberi keinsafan kepada kita... ceritanya seperti tanah kubur pada sape yang mengetahuinya. walau ape pun qiela nak share dgn korang semua sinopsis cerita ini..

Sinopsis filem Dua Kalimah


Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.

Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya? anda nak tahu ape yang berlaku seterusnya jom kita kepanggung..huhu xbesh la kalo baca sahaja ..betul x?

owh yeah .Filem Dua Kalimah tersebut merupakan  terbitan Metrowelath (MIG) yang ke-80 mengambil Eyra Rahman sebagai pengarah dengan menggandingkan pelakon popular Shaheizy Sam dan Nora Danish sebagai watak utama..pada sape yang sudah tengaok ape komen anda mengenai cerita ini ..

No comments:

Post a Comment

Blog Peribadi Milik Miss Lulu cuties Kaki Blogger