Wednesday 10 April 2013

ヅ ✿ 10 Sebab Kenapa Harus Minum Air Masak Secukupnya ✿ヅ

 



hye reader perkongsian ilmu yang keberaa pun qiela x tahu..seperti yang kita ketahui air masak merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian kita.. minum la sebanyak mana yang kita mampu.. ia juga berguna untuk sape yang dalam proses diet .. jom kita tgk knapa ia sgt pentig ??  

1. Tubuh Memerlukan Air

Tubuh perlukan sekurang2nya 3 liter air setiap hari. -Penting kpd tubuh krn tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dgn lebih konsisten. Air juga berfungsi bagi membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dlm tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh/ air kencing).

2. Bebas Kalori
Air kosong langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Sumber Alkaline Termurah
Kebanyakan makanan yg diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yg berlemak, & protein adalah bersifat acidic. Manakala air masak yg diminum pula bersifat sedikit alkaline pasti dapat meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4. Memantapkan Metabolisma
Minum air masak lepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

5. Pelarut Nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7. Mengurangkan Risiko Kanser
Pengambilan jumlah air yg mencukupi mampu mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk kurangkan risiko kanser payudara.

8. Melembutkan Kulit Secara Semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segar. Air yang mencukupi diperlukan untuk kulit kelihatan lembab & tidak kering.

9. Menyeimbangkan Suhu Badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan melalui pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak akan kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

10. Mencegah Keletihan & Pening Kepala
Kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama kenapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Pernah x anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?” :)

setelah anda membaca ini bru kita tahu pentingnya air masak dalam melaksanakan aktiviti seharian kita. brtul x? ape pun biasa kan la ri anda untuk membawa air masak kemna sahaja anda pergi.. seperti sy.. kemana sy pergi msti ade air masak dlm beg sy sbb tue sy suka bawa beg besar2 semua sy sumbat dlm beg.. hahahah ok la peep nnt kita smbng...

2 comments:

  1. boleh kurus taw kalau rajin minum masak . heee~

    ReplyDelete
  2. haah betul tue.. kurang kan manis dan lebihkan air masak

    ReplyDelete

Blog Peribadi Milik Miss Lulu cuties Kaki Blogger